Wednesday, October 12, 2011

Akhirnya



Cerpen ini memberi seribu pengalaman baru.Terima kasih kepada rakan-rakan yang sedia membantu di saat kesulitan.
Nasuha, Fairus dan Baitul yang sudi menadah telinga dan sedia memberikan idea dalam cerpen saya yang bertajuk 
SESUCI UKHWAH LUBIYA

Tuesday, October 11, 2011

Perasaan ketika ini


Gembira kerana hampir menyiapkan cerpen yang akan dihantar. Mampu tersenyum di saat ini. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Gambar sekadar hiasan sahaja!!!. Tajuk belum difikirkan lagi..Nantikan entri seterusnya.

Wednesday, October 5, 2011

Khasiat Dal


Berikut merupakan khasiat yang terkandung dalam Dal:

1)Menambah daya tahan tubuh
2)mengurangkan selesema
3)mencegah kemandulan
4)melambatkan proses penuaan 

Monday, October 3, 2011

Beras

Beras merupakan salah satu bahan makanan yang disyairkan oleh Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani 

Maksudnya: Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) beras kemudian kacang Mash, kacang Adas,kacang Lubiya dan kacang Ful.

*Inilah kata-kata yang sohih dan manqul(yang diambil dari kata-kata ulamak)
Catatan tambahan syair ini membantu saya menghasilkan cerpen.

Pokok kacang Parang

Sekadar ingin berkongsi. Gambar di atas merupakan tumbuhan berbunga. Kacang Parang yang kita selalu makan terhasil daripada pokok ini =)

Sunday, October 2, 2011

Variasi kacang

Kacang...kacang...kacang...tersenyum seketika ketika menulis entri kali ini. Perkataan itu yang disebut oleh Siti Fairus ketika saya pening kepala memikirkan kacang-kacang saya.
Gambar atas dari kanan; kacang Lubiya, kacang parang, kacang Adas
Gambar bawah dari kanan: kacang hijau dan kacang kuda

 Nota tambahan=kacang kuda hanya sekadar hiasan.Tiada kena mengena dalam cerpen saya ya!!!

Tepung beras

Aneka Tepung Beras dalam pasaran!!!. Tepung merupakan salah satu ramuan dalam cerpen saya. Terkenangkan abah saya ketika melihat gambar kanan dari bawah.
Pilihan abah sepanjang masa dan pastinya setiap kali membawa pulang tepung ini dan menyuruh saya membuat kuih buah Melaka. =) 

Saturday, October 1, 2011

Bubur Asyura

Cerita saya berkisarkan tentang bubur asyura. Di bawah ini saya nyatakan resepi membuatnya. Ini adalah versi Utara maklumlah saya berasal dari Pulau Pinang.

SELAMAT MENCUBA!!!

Bahan-bahannya ialah:

1 biji keledek

1 biji keladi 
2 biji pisang nangka 
1 liter santan [1 biji kelapa] 
1 cawan gula pasir 
1 cawan gula merah 
1 tin jagung manis 
1 cawan kacang hijau [rebuskan] 
1/2 cawan sagu [basuh dan toskan] 
1/2 cawan tepung beras 
1 helai daun pandan 

Cara-cara membuatnya



1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu 

2. Rebuskan keledek dan keladi. Toskan 
3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut. 
4. Masukkan semua bahan dan tepung beras. 
5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. 
6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental. 
7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan. 
8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan. 




Bahtera dan kisahnya

Bahtera ini sekadar imej bagi membuktikan keagungan Tuhan.
“Bawalah di dalam bahtera itu setiap sejenis haiwan berpasang-pasangan, jantan dan betina dan bawalah keluargamu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya dan bawalah orang yang beriman”.